| Penyenggaraan Jentera Berat |
|
|
|
|
There are no translations available. KURSUS : SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN JENTERA BERAT) SINOPSIS KURSUS
Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyelenggara jentera berat beroda dan berantai seperti jentolak, jentera perata tanah (dozer), jentera penggali (backhoe & excavator) dan lain-lain dalam aspek membaikpulih enjin dan sistem penghantaran kuasa (gear box). Para pelajar juga akan mempelajari tentang sistem hydraulic & pneumatic, sistem autoelektrik, sistem kawalan jentera dan sistem penyamanan udara jentera berat. Di samping itu juga para pelajar akan didedahkan dengan teknologi-teknologi terkini yang terdapat pada jentera berat pada masa kini.
PERSIJILAN
Pelajar akan dianugerahkan :
Sijil Teknologi / Sijil Lanjutan Teknologi oleh Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia [** pengambilan pertama Julai 2012]
TEMPOH KURSUS
Program Sijil Teknologi Semester 1 - 6 bulan Semester 2 - 6 bulan Latihan Industri - 3 bulan
Program Sijil Lanjutan Teknologi Semester 1 - 6 bulan Semester 2 - 6 bulan Semester 3 - 6 bulan Semester 4 - 6 bulan Latihan Industri - 3 bulan KANDUNGAN KURSUS
PROSPEK KERJAYA: 1. Juruteknik dalam bidang Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat) 2. Usahawan dalam bidang berkaitan 3. Tenaga pengajar di Institusi kemahiran
|





